Sesetengah kawasan rendah di Perlis (Arau Kangar) dan Kedah (Changlun) dah banjir. Empangan Timah Tasoh terpaksa lepas air dari empangan untuk mengelakkan empangan pecah. Hujan yang tak henti 2 hari ni, amat merisaukan aku. Baru ja banjir terok bulan November 2010, rumah pun tak fully recovered lagi. Tapi menurut sumber dari MADA, paras air masih boleh dikawal, air laut pun tak pasang besar (mengikut jadual pasang surut). Sama sama kita doakan banjir tak berulang lagi, moga semua selamat..
Bagi yang dok di luar Kedah/Perlis, boleh check update dari jabatan jabatan kerajaan di bawah untuk maklumat banjir
Info terkini setakat 10pm 31 March 2011
Cuaca panas sepanjang hari, air di Changlun telah pun surut, tetapi keadaaan di Perlis masih lagi ada tempat yang dinaiki air. Paras air sungai mulai turun dan terkawal. Dijangkakan tiada ancaman banjir di Jitra (Kubang Pasu)
Info terkini setakat 10pm 31 March 2011
Cuaca panas sepanjang hari, air di Changlun telah pun surut, tetapi keadaaan di Perlis masih lagi ada tempat yang dinaiki air. Paras air sungai mulai turun dan terkawal. Dijangkakan tiada ancaman banjir di Jitra (Kubang Pasu)
Info terkini setakat 2 April 2011
Changlun pulih sepenuhnya, keadaan di Kangar, Arau dan Padang Besar juga bertambah baik apabila lebih 1000 mangsa mula pulang ke rumah masing masing. 27 pusat pemindahan masih lagi dibuka. Pihak berkuasa masih lagi berjaga jaga kerana cuaca yang tidak menentu.
Keadaan banjir di Jitra November 2010
picture by Takuya Tongkoi
5 comments:
tu la..risau gak..kat kelantan kwn pom ckp asek hujan je...
hhmm..sama2 kita doakan semua selamat k. :)
salam..
semoga mangsa2 banjir mendapat segala bantuan sewajarnya...
*folo ur blog..
harap..
semua dlm keadaan terkawal...
Sekamar Rindu: yup, harap pengalaman bantuan lepas jadi benchmark, jangan ada lg yg tertinggal. :)
p/s: folo u too. :)
ladyzamea: polis,bomba,jpa3, PBT suma kerjasama, harap terkawal n berkesan. :)
p/s: folo u too. :)
Post a Comment