Tuesday, April 26, 2011

Makhluk Asing Di Sekeliling Kita

Oleh kerana saiznya yang sangat kecil, aku rasa dah berapa banyak yang dah masuk dalam mulut  @ badan kita. Gambar gambar colored scanning electron micrograph (SEM) ni kita dapat tengok dengan jelas makhluk halus super nih.


hama atau kutu kat dalam rumah kita. selalunya kat perabot perabot. tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan allergic atau resdong.

 ulat beras/bubuk yang selalu dalam beras/pulut lama dalam simpanan

 ulat beras/bubuk yang selalu dalam beras/pulut lama dalam simpanan


kutu kucing

Maggot/larva yang tidak berbahaya. digunakan untuk rawatan luka

Saturday, April 23, 2011

Life Explained by Graphs













something interesting that i got from my email :)

Friday, April 15, 2011

Steak and Ribs

Dah lama x cita pasal makan. Kali ni aku nk cita pasal Steak and Ribs. Memang suka sangat steak n wifey plak suka ribs. Steak and Ribs kat bawah ni antaranya dari Tony Roma's, TGI Friday, Victoria Station dan lain lain. Bagi aku, steak terbaik bukan rasa marinate ja lebih. aku suka rasa manis daging and still juicy(medium @ medium rare).Aku kalau makan steak x perlu sos apa apa dah. Cukup dengan rasa daging tu. My vote goes to Tony Roma's punya steak. VS pn ok tp portion kecik sket, 1 plate ngn side dishes pun x kenyang. Kalau untuk Ribs, Tony Roma's is the best. VS punya memang xbleh blah. daging dah siap potong dari tulang dan liat semacam ja. So kalau nak order steak, pilih la korang nk masak macam mana seperti jadual di bawah. :)

·         Term
·         Description
·         Extra-rare or Blue (in French, bleu)
·         very red and cold
·         Rare (saignant)
·         cold red center; soft
·         Medium rare (à point)
·         warm red center; firmer
·         Medium (cuit)
·         pink and firm
·         Medium well (bien cuit)
·         small amount of pink in center
·         Well done
·         gray-brown throughout; firm
·         Overcook
·         blacken throughout; crispy

 VS

 VS

 TR

 TR

TR

Pesona Cafe BK5

Thursday, April 14, 2011

Macam macam cerita pasal adik Saiful Syazani (meninggal dipukul guru agama di Perlis)

Macam macam cerita pasal kematian adik Saiful yang dilaporkan mati akibat dipukul guru agamanya. Pihak GAMIS ada buat lawatan ke tempat kejadian dan menziarah keluarga angkat mangsa. Jom kita baca versi GAMIS pasal kejadian tersebut



Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.
Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

sumber : GAMIS

walau apa skali pun yang terjadi, biarlah pihak berkuasa buat siasatan dan ambil tindakan. Allah Maha mengetahui.

Tuesday, April 12, 2011

Pembunuhan Di Glenmarie Shah Alam


Kejadian yang berlaku di sebuah bangunan tinggal di kawasan perindustrian Glenmarie Shah Alam. Mangsa yang ditemui terbaring berlumuran darah disyaki dirogol. Mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur disyaki pergi seorang diri di kawasan tersebut dan dibunuh oleh orang yang dikenalinya. Sebilah parang berlumuran darah ditemui di tempat kejadian dipercayai senjata yang digunakan oleh pembunuh.













Terima kasih kepada Abam Mizie kerana organize outing yang cukup thrill. Terima kasih gak kt talent Chinta One-da yang selamber n pro dan Yann Estrada yang bleh gantung camera jadi model plak pasni. Photog Joe Hanip and Egomio Mio, gambar yang superb. What a great teamwork !!!

p/s: gambar gambar diatas adalah hak milik seperti watermark di gambar tersebut. terima kasih Joe Hanip bagi aku upload gambar dia sama, aku x sempat abiskan photoshoot.


Saturday, April 9, 2011

Ghairah

Datin Ghairah

Sebuah lagi filem terbitan De Baron yang rasanya semua rakaman dijalankan di Langkawi. Dibintangi Maria Farida, Aaron Aziz, Faizal dan ramai lagi. Maria Farida yang memang sesuai pegang watak datin yang daring melentok melentik liuk. Abis Datuk datuk semua meleleh air liur tengok. Filem yang dijangkakan akan mula ditayangkan tengah tahun 2011. Sama sama kita tengok nanti ya !!!



Ini plak update dari FINAS jumlah kutipan filem tempatan dan jadual tayangan bagi tahun 2011

JUDUL FILEM KOS PRODUKSI  MULA TAYANG KUTIPAN KASAR (RM) 
Khurafat 1.50 juta 13.01.2011 8.08 juta
HAQ 2.50juta 27.01.2011 0.80 juta
Sini Ada Hantu 1.20 juta 10.02.2011 1.30 juta
Kembar Siang 1.64 juta 24.02.2011 1.21 juta *
Hikayat Merong Mahawangsa 6.82 juta 10.03.2011 6.37 juta *
Ratu The Movie 1.34 juta 17.03.2011 0.20 juta
...Dalam Botol 0.88 juta 24.03.2011 0.53 juta *
Cun 1.00 juta 31.03.2011 0.55 juta *
Di Larang Masuk 1.10 juta 07.04.2011  
Senjakala 1.51 juta 14.04.2011  
Penunggu Istana 0.60 juta 21.04.2011  
Seru 1.42 juta 28.04.2011  
Momok Jangan Panggil Aku 2.00 juta 05.05.2011  
Kongsi 1.82 juta 12.05.2011  
Nur Kasih The Movie 2.83 juta 19.05.2011  
Karak   26.05.2011  
Toyol Nakal   02.06.2011  
KL Gangster   09.06.2011  
3 2 1 Cinta   16.06.2011  
Rasuk   23.06.2011  

update setakat 06 April 2011

Source FINAS

Friday, April 8, 2011

Mari Berbekam

Bila dah rasa letih letih badan, kepala selalu sakit, tringat plak nak berbekam. kat umah ada satu set bekam angin. Tabib Diana pun menjalan operasi bekam kat belakang aku..Memang merah kehitaman kesan tempat bekam tu.. nampak sangat angin banyak dalam badan. Nak try bekam darah kat Wangsa Maju atau Bangi tu, tak sempat lagi. Orang cakap untuk yang selalu sakit kepala @ migrain, bekam kat kepala, sayang plak rambut nak di cukur sket.ok lah, Maharaja Lawak MInggu ke 2 dah start.. layan gelak sat..

bekam angin

kesan bekam, angin banyak dalam badan

Monday, April 4, 2011

Goreng Pisang Sambal Kicap


Dah lama aku x post pasal makan. this time pasal Goreng Pisang Sambal Kicap. Makanan ni femes di sebelah selatan semenanjung. Melaka, Nogori & Johor. Even aku dari Utara, aku sangat suka makan camni. Last month sempat aku ke Tanjung Bidara, Melaka untuk makan goreng pisang cicah sambal kicap sambil jumpa kawan lama. Pisangnya tak terlalu ranum dan tak terlalu masam/kelat dan tak berminyak. Sambalnya tak pedas sangat dan tak manis. Kedai lain aku try gak, tapi pisangnya berminyak sangat. Kedai yang aku makan ni, ada macam pondok betul2 tepi pantai. Memang syahdu makan sambil ditiup angin laut.


Lokasi kedai ni ialah kedai pertama yang menjual goreng pisang, rojak buah dan laksa dari simpang Tanjung Bidara.


Untuk sambal kicap plak, ada orang petua, pakai kicap Jalen baru best. nanti aku nak try buat, tengok jadi ke tak nanti. :)

Sunday, April 3, 2011

Buta Undang Undang


 Kesian dan kesal aku baca satu artikel dalam Harian Metro hari ini. Seorang guru agama @ tahfiz di Arau membelasah seorang pelajar yang baru berumur  7 tahun kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian di hostel sekolah dan mangsa tak mengaku. Guru agama tu siap ikat mangsa then belasah macam pukul orang tua plak. Budak umur 7 tahun kena tampar pun dah sakit, ni hang pukul macam pesalah rogol plak. Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah tapi dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan dimasukkan di ICU. Mangsa sekarang koma dan terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan. Yang pasti ayah mangsa dah buat laporan Polis dan guru agama yang buta undang undang tu pun dah serah diri. kita tunggu pihak berkuasa amik tindakan. Belajar control marah dan panas baran tu dan semoga mangsa kembali sembuh seperti biasa.
source: myMetro Ahad

Saturday, April 2, 2011

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides



Perjalanan Jack Sparrow dengan awek barunya, Angelica lakonan Penelope Cruz mencari fountain of youth. Seriusly a must watch movie !!! tapi nak kena tengok balik yang lepas lepas. terpaksa la cari torrent @ korek balik dvd lama lama. :)

  1. The Curse of the Black Pearl
  2. Dead Man's Chest
  3. At World's End
Arahan Rob Marshall
Dibintangi Johnny Depp, Geoffrey Rush, Penelope Cruz, Ian McShane, Kevin McNally, Astrid Berges-Frisbey, Sam Claflin, Stephen Graham, Yuki Matsuzaki, Gemma Ward, Keith Richards, Richard Griffiths, and Judi Dench.

Amy Search Pengetua AF9

Even aku tak tau sangat pasal AF9 ni, yang pastinya pengetua AF9 kali ialah Amy Search. Memang stylo Amy !!! Pengetua terus buat concert.. pelajar semua tenggelam abis nanti.. hahaha

Picture from Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...