Kesian dan kesal aku baca satu artikel dalam Harian Metro hari ini. Seorang guru agama @ tahfiz di Arau membelasah seorang pelajar yang baru berumur 7 tahun kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian di hostel sekolah dan mangsa tak mengaku. Guru agama tu siap ikat mangsa then belasah macam pukul orang tua plak. Budak umur 7 tahun kena tampar pun dah sakit, ni hang pukul macam pesalah rogol plak. Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah tapi dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan dimasukkan di ICU. Mangsa sekarang koma dan terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan. Yang pasti ayah mangsa dah buat laporan Polis dan guru agama yang buta undang undang tu pun dah serah diri. kita tunggu pihak berkuasa amik tindakan. Belajar control marah dan panas baran tu dan semoga mangsa kembali sembuh seperti biasa.
source: myMetro Ahad
6 comments:
Mangsa telah meninggal dunia pagi td. Al fatihah
Memang teruk betul
tu laa pasal, aku tgk berita semalam. dia dah meninggal. al- fatihah. Benda2 macam ni boleh bawa berbincang, tak boleh tabuh sampai mati..
sharinginfoz: bila kaki dan tangan lebih laju dari otak, ini la jadinya
Saed Ramadhan: aku rasa cikgu ni ada masalah lain sama, lepas geram kt budak ni.. naya ja !!
alfatihah buat arwah..sebaye dgn adik aku..kalau itu lah adik aku,aku belasah balik cikgu sampai mati.
ggarmbudakjalanan: memang ikutkan hati, nk belasah ja cikgu tu. Pihak Polis dh buat siasatan, tunggu tindakan undang2 ja..
Post a Comment