Ye Ye balik kampung.. huhu.. cuti sekolah 2 minggu dah bermula. Macam macam mak ayah dah plan. Ada yang nak balik kampung. Bawa anak anak jalan jalan. Kalau yang bujang bujang tu, pergi lah jalan jalan dengan awek comel ke pakwe hensem ke kawan selamber ke.. hehe. Bila cuti sekolah ni, aku pun cuti jugak. time ni la aku bleh balik kampung lama lama sket memandangkan wifeyku cikgu. So, cuti sekolah 2 minggu ni, kitorang akan berada di Jitra. Jemputan kenduri kahwin kawan kawan pun banyak nih.. InsyaAllah aku akan sampai majlis hampa no..Cuti kali ni aku xde plan nak p jalan mana mana lagi. Maybe just lepak kampung, buat trip jalan jalan cari makan Kedah dan Perlis pulak.
Bagi korang2 yang plan nak pergi bercuti, selamat bercuti diucapkan. Pandu keta elok2, dan ingatlah orang tersayang. Jangan terlalu happy sangat sampai lupa diri k. :) . Buat yang nak jalan Langkawi cuti ni, bleh check entry Jalan Jalan Cari Makan Langkawi dan Restoran Nelayan Bukit Malut untuk panduan makan makan. Aku rasa cuti sekolah ni, harga barang barang kat Langkawi pun naik lah. Sewa keta pun tinggi nih.. So, plan wisely lah. Kalau yang nak jalan jalan Pantai Timur, jangan lupa keropok lekor dan sata ya !!
Menyesal gila kalau jadi macam ni. memang dah banyak kes langgar anak atau budak. Dorang kan kecik, memang tak perasan. So, lepas ni kawan kawan, hati hati nak keluar rumah, pastikan anak anda di mana, anda nampak dia sebelum bergerak kenderaan. Perlahankan keta bila masuk kawasan perumahan. Tau la keta semua best2, tapi beringat takut ada budak tiba tiba melintas memang tak sempat nak break. Seriyau darah tengok video ni. Sekadar untuk pengajaran dan iktibar.
Hari ini keputusan permohonan pertukaran guru dah keluar. Ramai yang tersenyum lebar dapat tukar ke tempat yang dimohon, dan ramai jugak yang sedih dan keciwa permohonan gagal. Bagi mereka yang berjaya, tahniah !!. Dapat bersama keluarga atau dekat dengan kampung halaman. Bagi yang gagal boleh cuba buat rayuan atau cuba lagi September ini.
p/s: sistem e-Gtukar ni mungkin tengah sesak, ramai guru guru yang nk semak keputusan. Sila layari sistem mengguna Intenet Explorer
Item(s):
Complete Set Nikon D90 body + kit lens 18-105mm Nikkor (Nikon UV Filter) (Shutter Count 8500+-) (15 months)
Nikon AF 50MM F/1.8D (Kenko UV Filter) (no more warranty, 13 months)
Nissin Di622 Mark II Digital Flash for Nikon i-TTL with diffuser (warranty until February 2013)
4gb + Nikon Bag (all item come with box + receipt + warranty card)
Matin Silicone Hurricane Blower Price:
take all for RM3000 Dealing method:
COD Only (Seri Kembangan, Bukit Jalil, Putrajaya, Cyberjaya) Location:
Seri Kembangan Contact method/details:
--- Item(s) conditions:
Like new. See to believe
Baru baru ni kita dikejutkan dengan kejadian 3 beradik yang lemas di Ulu Bendul (Nur Syaza Alisa, 5, Nur Syaza Azira, 4 dan Nur Syaza Sakinah, 2 tahun yang masih hilang). Sebak aku tengok 999 di TV3 tadi. Dugaan besar Allah kepada keluarga Wan Azleela Wan Abdullah (ibu) dan Said Ahmad Ibrahim (bapa). Semoga tabah dan redha. Al-fatihah.
( Nur Syaza Alisa (kanan), Nor Shaza Azira (kiri) dan Nur Syaza Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian)
Kejadian ni dikatakan berpunca dari fenomena kepala air. Kejadian kepala air berlaku bila air dari hulu air terjun atau dari atas bukit turun ke hilir atau sungai dengan kuantiti yang sangat banyak dan kuat. Turun bersama dengan batu batu, kayu balak dan apa saja kat laluan air tu memang akan hanyut.
Orang dewasa pun susah nak melawan arus yang tiba tiba kuat, inikan pula anak kecil. :)
Antara amaran awal atau petanda bakal berlakunya kepala air
1. Langit gelap atau seperti hujan di kawasan hulu air terjun. Hujan di kawasan puncak bukit
2. Air menjadi keruh, daun daun kering, ranting kayu dan keladak keladak mula hanyut.
3. Kebanyakan air terjun yang pernah berlaku kes kepala air, kerajaan dah pasang siren sistem amaran. kalau dah dengar bunyi siren, cepat cepat lah naik ke kawasan selamat.
Beberapa video kejadian kepala air di Terengganu, Perak dan Philippine.
Salam takziah kepada keluarga Telordibasuh. Blog Owner Telordibasuh, Abdul Hakim Bin Mohd Kamal telah meninggal dunia kerana Asma. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. Al- fatihah
Drama Juvana kat TV3 ni aku tengok dah nak macam Prison Break versi Malaysia dah. Botak dalam cita ni bukan main langsi lagi, kalau dapat ke Sam dalam cita Kongsi mau di parangnya dah. Daim plak agak lembut, tak melawan, tapi aku tau nanti Daim akan dapat gak sokongan budak2 lain untuk lawan Botak. Boleh plak ada anak makcik kantin yang cun dalam sekolah budak jahat nih. Apapun, aku memang follow cita ni, kalau miss pun aku download aja torrent Juvana. :)
Sekolah Henry Gurney memang jauh berbeza dengan Sekolah Wira Bakti. kat sini aku rasa botak pun kecut perut kalau masuk sini. Sekolah yang dikelolakan oleh jabatan penjara, ditubuhkan untuk melahirkan semula penghuni penghuni Henry Gurney menjadi orang yang berguna dan mampu berdikari serta berbakti kepada masyarakat bila dibebaskan.
Sebuah lagi filem dari SKOP Production arahan Syamsul Yusoff yang dianggarkan menelan belanja RM2 Juta.
Pertembungan antara 2 kumpulan gangster yang berpengaruh di Kuala Lumpur.
Saksikan konflik antara keluarga, kesetian pada kumpulan dan kuasa wang ringgit. Perebutan kawasan jajahan yang penuh aksi. Sama sama kita tunggu di pawagam 9 Jun 2011.
Cuaca yang panas bergabung dengan udara yang dicemari jerebu membuatkan hidung aku terasa sangat ketat. Mataku pula terasa sangat malas nak dibuka. Suhu panas + jerebu ini dijangka sampai minggu depan. Aku rasa elok dah pakai mask kalau keluar outdoor ataupun kurang kurangkan lah keluar. Bagi mereka yang ada asma, mesti ketat ja rasa dada tu kan. Yang paling happy bulan ni TNB dan SYABAS, setiap rumah akan pasang aircond lebih lama dan mandi lebih kerap. Takleh tahan peluh ketiak belengaih nak tdo macamana. Cuaca macam memang menggamit kehadiran penyakit. Demam, sakit kepala, asma dan macam2 lagi. Minum air banyak2, kurangkan aktiviti luar, pakai mask dll untuk elak penyakit. Kalau ter dehydrated bahaya plak, mulalah kena tekanan darah rendah lah, oksigen kurang dll.
Page hotfm kat facebook kena hack dengan Jack Sparrow tag team dengan RileksCrew+H3x4 Crew+Newbie3vilc063s+Ha¢kin | Cr³w. Pagi ni aku x dengar radio so xtau update dari hotfm sendri pasal kena hack nih.. Sekarang senang sangat FB, email suma kena hack, so rajin2 lah tukar password dan jangan dok gatal click yang bukan bukan dalam facebook. tak pasal pasal spam page orang lain.
Boleh jadi ni gimik hotfm untuk movie Pirate of the Carribean yang baru ni. Sebab semalam abis buletin utama ja, dorang tunjuk trailer movie tu.. hmm..
Menjadi jadi budak budak sekolah sekarang ni. sakan membuli kawan kawan. Selamber lak ko p gunting rambut dia pehal. tingin sangat nk jadi tukang gunting rambut ke jeles rambut ko x cantik.. haha.. pastu p upload video kt FB, memang kantoi la. Dah jadi kes polis memang padan muka la engkoau !!!
Happy Mother's Day to my lovely mama, Puan Noorin Binti Yusof. Thank you so much for always being there for me, to love and taking care of me. Thank you so much. You are the best mama in the world !!! :)
Special performance from Aleesya to all moms out there :)
After a few set of blurry home pregnancy test, and 1 clinic test, Alhamdulillah… positive + and we are expecting our 2nd baby in end of December this year. We and everyone in our family are happy about this good news. What I hope, is a safe 9 months pregnancy journey for my wife, an easy and save delivery, a healthy baby either a boy or a girl. God bless our family. InsyaAllah..
Aleesya pun macam paham paham, senang ja dia stop breastfeed. It’s been 72 hours she survived without breastfeed and not even asking for it. Kesian pun ada gak tapi terpaksa lah..