Cuaca yang panas bergabung dengan udara yang dicemari jerebu membuatkan hidung aku terasa sangat ketat. Mataku pula terasa sangat malas nak dibuka. Suhu panas + jerebu ini dijangka sampai minggu depan. Aku rasa elok dah pakai mask kalau keluar outdoor ataupun kurang kurangkan lah keluar. Bagi mereka yang ada asma, mesti ketat ja rasa dada tu kan. Yang paling happy bulan ni TNB dan SYABAS, setiap rumah akan pasang aircond lebih lama dan mandi lebih kerap. Takleh tahan peluh ketiak belengaih nak tdo macamana. Cuaca macam memang menggamit kehadiran penyakit. Demam, sakit kepala, asma dan macam2 lagi. Minum air banyak2, kurangkan aktiviti luar, pakai mask dll untuk elak penyakit. Kalau ter dehydrated bahaya plak, mulalah kena tekanan darah rendah lah, oksigen kurang dll.
Boleh check info cuaca terkini di DOE Malaysia
2 comments:
indeks ni kat Johor sekali ke?
Khuzrin: index ni di kawasan lembah klang..
Post a Comment