Friday, May 20, 2011

Kepala Air

Baru baru ni kita dikejutkan dengan kejadian 3 beradik yang lemas di Ulu Bendul (Nur Syaza Alisa, 5, Nur Syaza Azira, 4 dan Nur Syaza Sakinah, 2 tahun yang masih hilang). Sebak aku tengok 999 di TV3 tadi. Dugaan besar Allah kepada keluarga Wan Azleela Wan Abdullah (ibu) dan Said Ahmad Ibrahim (bapa). Semoga tabah dan redha. Al-fatihah.

 ( Nur Syaza Alisa (kanan), Nor Shaza Azira (kiri) dan Nur Syaza Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian)

Kejadian ni dikatakan berpunca dari fenomena kepala air. Kejadian kepala air berlaku bila air dari hulu air terjun atau dari atas bukit turun ke hilir atau sungai dengan kuantiti yang sangat banyak dan kuat. Turun bersama dengan batu batu, kayu balak dan apa saja kat laluan air tu memang akan hanyut. 


Orang dewasa pun susah nak melawan arus yang tiba tiba kuat, inikan pula anak kecil. :)


Antara amaran awal atau petanda bakal berlakunya kepala air
1. Langit gelap atau seperti hujan di kawasan hulu air terjun. Hujan di kawasan puncak bukit
2. Air menjadi keruh, daun daun kering, ranting kayu dan keladak keladak mula hanyut.
3. Kebanyakan air terjun yang pernah berlaku kes kepala air, kerajaan dah pasang siren sistem amaran. kalau dah dengar bunyi siren, cepat cepat lah naik ke kawasan selamat.

Beberapa video kejadian kepala air di Terengganu, Perak dan Philippine.






4 comments:

sarah al -idrus said...

sedih tgk ni smlm..nk wat cmna kalo dia x bwk p air terjun tu pon, tuhan dh kata ajal 3 anak dia dh sampai..kan.. tinggai sorg kan anak laki.

Fikri Rais said...

Sarah: ajal maut di tangan tuhan. Semoga family 3 beradik ni sabar dan tabah..

Sekamar Rindu said...

salam...

sangat menyayat hati...apapun kita hambaNya perlu redha atas apa yg berlaku..

Fikri Rais said...

Sekamar Rindu: Salam takziah kepada mangsa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...