Tuesday, June 28, 2011

Sekangkang Kera


Projek terbaru aku ialah tanam rumput baru di tanah sekangkang kera depan umah aku nih. Even rumah ni sewa, aku dah tak tahan nak cabut temucut. Kalau dipotong disabit makin banyak plak dia naik. Nak tak nak aku kena cabut satu satu dengan akar2 nya skali. So, mula dengan beli cangkul baru, aku pun start korek buang rumput lama. Pergh !! sakit badan x hengat. Sakit pinggang/belakang macam apa lagi. Bertampal koyok aku malam tu.


Day 1: Baru buang rumput lama separuh kangkang kera. Letak tanah bagi rata sket trus aku susun Japanese Grass. Orang pesan letak pasir bagi senang sket, mana aku nak  cari pasir bila buat keja last minute nih.. belasah ja dl..
Day 2: Aku sambung sket lagi main korek korek dan susun rumput. Tanah plak tak cukup & rumput pun kena tambah sket lagi...Kena p beli lagi
Day 3: boleh siap kot..

Kalau aku nak upah orang, kosnya 2-3 kali ganda. Aku buat sendiri jimat banyak tapi memang keluar peluh petani la.. Dah bertahun tahun tak pernah menyangkul. Tanah sekangkang kera aunty sebelah umah aku, tinggal sebelah kangkang ja, dorang buat tanam sayur.


Memang hijau cantik2 sayur dorang. Yang ada kat umah aku skrang, pokok Pudina, Kesom, Daun Kari, Serai, Pandan, Kunyit & betik.. tu pun kadang kadang berhari hari dorang x kena air.. Skrang dah musim hujan.. ok sket kot..


Tunggu gambar projek aku siap sepenuhnya..baru nampak macam stadium Anfield, sekarang macam stadium pecah ja..

Monday, June 27, 2011

Kuala Lumpur Muay Thai Challenge 2011

 


Sebab aku miss Kedah Royal Cup, aku tercari cari event tomoi terdekat dan jumpalah KL Muay Thai Challenge 2011 kat Stadium Titiwangsa. Aku & family dengan anak buah aku 2 org lepas keja aku betolak lah. Sampai dah kul 8pm, beli tiket, then tapau burger buat bekal dalam dewan nanti. 830PM aku dh masuk dalam dewan tapi belum start lagi event. Tunggu punya tunggu... 930PM baru start. Panggil fighter masuk pun amik masa. Ada fighter tak sampai lagi lah, macam2.. aku perasan ada fighter ni time aku dok beli burger 830PM tadi, dia pun dok lepak minum lagi. Patut la lambat. Dalam tiket & banner, start kul 8PM. Tunggu lama sangat sampai aku pun dah malas nak sorak sorak sangat. Layankan ja fighter2 tu. Overall, fighter2 nampak macam play safe sangat sebab baru semi final, lewat malam baru final. Memang agak mengecewakan. Stadium memang boleh dikatakan 80% penuh. tiket paling murah RM15 dan VIP ringside RM50. Aku tak tunggu sampai final sebab dah pukul 1130PM, organizer cakap break kejap minum2 before final. Brapa minit x gtau plak. Esoknya Ahad aku keja pagi, lewat2 sangat jap mau meroyan aku kt opis esoknya.

p/s: Untuk pihak penganjur, kalau dapat patuhi masa yang ditetapkan. mesti lagi menarik event anda. tak lah penonton tertunggu tunggu. Fighter pun kenalah on time. Entrance song dah nak abis baru nak keluar. 


Aku tunggu event berikutnya, Chohk !!!!


Saturday, June 25, 2011

Keputusan Final Maharaja Lawak 2011

Tamat sudah Pusingan Akhir Maharaja Lawak 2011. Keputusan adalah seperti dijangka. Undian SMS tertinggi menentukan segalanya, Tahniah Kumpulan Sepah yang ditabalkan Maharaja Lawak yang pertama.

Juara : Kumpulan Sepah RM350K berserta piala sumbangan Astro


Naib Juara: Kumpulan Jozan RM250K berserta piala sumbangan Astro


Ketiga : Nabil RM150K berserta piala sumbangan Astro


Ke empat: Kumpulan Jambu RM50K berserta piala sumbangan Astro

Tahniah kepada semua pelawak. Anda berjaya menghiburkan kami seisi keluarga selama 13 minggu.
Kepada sesiapa yang miss / tak dapat tengok final / tak langgan astro boleh tonton rakaman Final Maharaja Lawak kat sini 

Thursday, June 23, 2011

Woot Woot !!! 2 BEs In A Row !!!



Thanks Nuffnang for the 2nd Buffered Earning !!! Time to polish my SEO skills, bring more traffic in, and more and more blog walking. Thanks to innit and networkedblogs too.

p/s: mesti korang rasa aku ciwi batat baru dapat 2 BE dah kecoh kan.. haha.. blog picisan ja pun.. dapat sket2 pun jadi lah...  :)

Wednesday, June 22, 2011

Apa Kejadahnya !!!

Inilah akibatnya bila sebuah institusi pengajian/sekolah dipegang oleh orang orang otak bisnes atau orang orang yang semua nak untung atau nampak duit $$$ ja kat mata dia.

Apa kejadahnya
  • buat Hari Kantin @ Hari Ko-k, setiap pelajar wajib beli kupon RM10-20 sorang, setiap kelab/persatuan wajib ada gerai jualan dan modal untuk gerai bukan dari tabung kelab tapi kena kutip sumbangan atau derma orang ramai/persatuan persatuan luar. Yang sedihnya, keuntungan 100% akan masuk tabung sekolah/PIBG. Persatuan dan kelab habuk pun tak dapat. Penat kutip derma untuk modal, penat berniaga pastu duit bagi semua kat sekolah. Dalam kes macam ni, memang sekolah memperguna pelajar untuk penuhkan tabung sekolah. Sapa yang terok skrang? pelajar jugak. Silap silap makanan pun tak cukup, kupon masih banyak sebab sapa nak buka gerai berniaga tapi untung bagi kat orang lain. Selfish punya pentadbiran !!!
Apa kejadahnya
  • buat hari Koperasi. 20-30% hasil jualan di kantin pada hari tersebut akan disumbangkan kepada koperasi. Time ni lah tauke kantin selamber naikkan harga makanan & minuman kat kantin, untuk cover kos sumbangan kepada koperasi. Air minuman sebelum ni RM1.50, hari Koperasi dan jadi RM2. Karipap 3 biji RM1, hari Koperasi dan jadi 2 biji RM1. Yang terok pelajar jugak. Kalau sebelum ni RM3 cukup satu hari belanja di kantin. hari Koperasi, apa pun tak boleh.. Di mana pihak pentadbiran? Tolong lebih peka bukan buat pekak. 
Institusi pendidikan/sekolah bukannya tempat nak buat untung dengan kenakan pelajar. Tabung sekolah/PIBG yang beratus ribu bukan suatu yang dibanggakan. Kalau dapat sekolah top 10 SPM ke bleh la nak bangga. Memang lah duit dalam tabung sekolah/PIBG akan digunakan untuk kebaikan sekolah jugak. Tapi cara nak menabung tu memang jelas salah. Kalau pentadbiran plak ada kroni kroni sendri, memang duit tabung sampai kat persatuan yang terpilih aja lah. Kalau ada nak supply barang2, memang supplier kroni la dapat mahal mahal sebab duit persatuan/PIBG kan beratus riban. Haihs.. Kalau kat sekolah sendri dah ada contoh/teladan yang tak baik, macam mana nak mendidik anak bangsa yang berjaya....

Tuesday, June 21, 2011

Buy 1 Free 1 Chicken McNuggets



All Mcdonald's Chicken McNuggets lovers, get your buy 1 free 1 deal from Tuesday, 21 Jun 2011 - Wednesday, 22 Jun 2011, 11am - 12am. Hurry, click now to print the coupon here T&C apply.

Monday, June 20, 2011

Sedangkan Kucing Pun Sayangkan Anak


Picture by Togi Marzuki @ NST

Naluri keibuan bukan setakat untuk manusia. Binatang juga rasa yang sama dan kadang kadang lebih kuat naluri itu dari manusia. Seekor ibu kucing yang baru melahirkan anak dilihat berpusing pusing dan seperti menangis di kawasan longkang selama 3 hari. Siang malam tido pun kat atas longkang tu sambil bising bising seperti menangis minta pertolongan. Sehingga ada seorang pekerja yang pelik dengan kelakuan ibu kucing tu check, ada 2 ekor anak kucing yang baru lahir jatuh ke dalam longkang. Lubang sangat kecil, so ibu kucing tak dapat nak selamatkan tapi ibu TIDAK TINGGALKAN anak anaknya. Terus merayu meminta pertolongan.

Usaha ibu kucing tu berhasil apabila sepasukan BOMBA dari Pontian datang menyelamatkan anak anak kucing tersebut. Dorang terpaksa pecahkan konkrit longkang untuk keluarkan anak kucing tu. Keluar ja anak kucing tu, ibu trus amik bagi susu dan jilat jilat anak dia. Ye la dah 3 ari dok dalam longkang, memang lemah la. Kesian..

Kejadian ni patut kita sebagai manusia, amik iktibar, sedangkan binatang pun sayangkan anak, apatah kita yang ada akal berfikiran waras. Sayangi anak anak anda.



Source

Sunday, June 19, 2011

Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu Meninggal Dunia



Alfatihah. Pagi tadi Zami Ismail 67 tahun, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu , meninggal dunia akibat sakit jantung. Arwah Pak Uda yang telah beberapa minggu terlantar di IJN, bertarung nyawa akibat serangan jantung beberapa minggu lepas.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang orang beriman. Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah.

update terkini: Arwah siap dikafankan dan akan di kebumikan di tempat kelahiran beliau di Tapah Road.

Friday, June 17, 2011

Minuman Tercemar Dari Taiwan


Beberapa hari lepas, aku dapat email berkenaan makanan yang tercemar oleh DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan yang boleh menyebabkan  KANSER.


Kementerian Kesihatan Malaysia pun dah keluarkan kenyataan akhbar dan menyenaraikan makanan dan minuman yang tercemar. MOH pun dah arahkan pengimport supaya menarik balik produk produk ini di pasaran. Antara produk tersebut aku letak kat bawah ni. Kalau ada yang terbeli, jangan lah dok minum lak k.
 
Nama Produk: LEMON JUICE WITH PULP
Jenama: SUNKIST
Pengeluar: COUNTRY HOUSE INC


Nama Produk: ORANGE JUICE WITH PULP
Jenama: SUNKIST
Pengeluar: COUNTRY HOUSE INC
 Nama Produk: ORANGE JUICE
Jenama: SUNKIST
Pengeluar: COUNTRY HOUSE INC

 Nama Produk: ASPARAGUS JUICE / Tarikh Luput sebelum 18  Mei 2012
Jenama: UNI- PRESIDENT
Pengeluar: UNI-PRESIDENT ENTERPRISES CORP.

 Nama Produk: BEST BLACK TEA
Jenama: C CASA
Pengeluar: GOOD YOUNG CO. LTD.

Wednesday, June 15, 2011

Hanna


Semalam aku & wifey dengan family akak iparku, layan Movie Hanna. Dah lama aku tunggu cita ni. at last dapat gak download torrent Hanna 720p HD version. Movie ni mengisahkan seorang remaja perempuan 17 tahun, dibesarkan oleh ayahnya, ex-CIA di dalam hutan salji Finland. Hanna dilatih menjadi pembunuh upahan yang sangat cekap. Hanna dilatih untuk satu misi lebih kurang balas dendam untuk mak dia yang mati masa dia kecik. DNA Hanna yang telah diubahsuai menjadikan Hanna lebih kuat dan cekap yang pada mulanya dirancang untuk pasukan super soldier US. Cita ni agak ganas sket, tapi boleh lagi ditonton bersama keluarga.

Official Website
Hannathemovie

Hanna Wikipedia Synopsis

Monday, June 13, 2011

OMG !!! BE pertama dari Nuffnang !!!

Akhirnya aku dapat Buffered Earnings from Nuffnang. Dengan trafiic blog yang ciput, 2 minggu aku tak update blog, dapat plak BE. Hasil dari research and study, tips dari blogger blogger otai, SEO tips, tips tambah buffered earning, tips tambah traffic yang aku dok baca, ini baru nampak hasil. Boleh la lepas ni nak request cek. Terima Kasih Nuffnang !!! :)

Sunday, June 12, 2011

Juara Akademi Fantasia 9


Seperti yang dijangkakan, juara Akademi Fantasia 9 milik Hazama. Memang berbaloi penantian 5 tahun sebelum terpilih semula sebagai pelajar AF. Pengalaman menjadi artis di luar digunakan sepenuhnya dalam akademi. Tahniah Hazama !!! Semoga sukses dalam bidang seni.

Akademi Fantasia kali ini adalah yang terakhir. Lepas ni xtau apa lagi rancangan realiti Astro nak keluarkan. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...