Wednesday, June 22, 2011

Apa Kejadahnya !!!

Inilah akibatnya bila sebuah institusi pengajian/sekolah dipegang oleh orang orang otak bisnes atau orang orang yang semua nak untung atau nampak duit $$$ ja kat mata dia.

Apa kejadahnya
  • buat Hari Kantin @ Hari Ko-k, setiap pelajar wajib beli kupon RM10-20 sorang, setiap kelab/persatuan wajib ada gerai jualan dan modal untuk gerai bukan dari tabung kelab tapi kena kutip sumbangan atau derma orang ramai/persatuan persatuan luar. Yang sedihnya, keuntungan 100% akan masuk tabung sekolah/PIBG. Persatuan dan kelab habuk pun tak dapat. Penat kutip derma untuk modal, penat berniaga pastu duit bagi semua kat sekolah. Dalam kes macam ni, memang sekolah memperguna pelajar untuk penuhkan tabung sekolah. Sapa yang terok skrang? pelajar jugak. Silap silap makanan pun tak cukup, kupon masih banyak sebab sapa nak buka gerai berniaga tapi untung bagi kat orang lain. Selfish punya pentadbiran !!!
Apa kejadahnya
  • buat hari Koperasi. 20-30% hasil jualan di kantin pada hari tersebut akan disumbangkan kepada koperasi. Time ni lah tauke kantin selamber naikkan harga makanan & minuman kat kantin, untuk cover kos sumbangan kepada koperasi. Air minuman sebelum ni RM1.50, hari Koperasi dan jadi RM2. Karipap 3 biji RM1, hari Koperasi dan jadi 2 biji RM1. Yang terok pelajar jugak. Kalau sebelum ni RM3 cukup satu hari belanja di kantin. hari Koperasi, apa pun tak boleh.. Di mana pihak pentadbiran? Tolong lebih peka bukan buat pekak. 
Institusi pendidikan/sekolah bukannya tempat nak buat untung dengan kenakan pelajar. Tabung sekolah/PIBG yang beratus ribu bukan suatu yang dibanggakan. Kalau dapat sekolah top 10 SPM ke bleh la nak bangga. Memang lah duit dalam tabung sekolah/PIBG akan digunakan untuk kebaikan sekolah jugak. Tapi cara nak menabung tu memang jelas salah. Kalau pentadbiran plak ada kroni kroni sendri, memang duit tabung sampai kat persatuan yang terpilih aja lah. Kalau ada nak supply barang2, memang supplier kroni la dapat mahal mahal sebab duit persatuan/PIBG kan beratus riban. Haihs.. Kalau kat sekolah sendri dah ada contoh/teladan yang tak baik, macam mana nak mendidik anak bangsa yang berjaya....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...