Monday, June 20, 2011

Sedangkan Kucing Pun Sayangkan Anak


Picture by Togi Marzuki @ NST

Naluri keibuan bukan setakat untuk manusia. Binatang juga rasa yang sama dan kadang kadang lebih kuat naluri itu dari manusia. Seekor ibu kucing yang baru melahirkan anak dilihat berpusing pusing dan seperti menangis di kawasan longkang selama 3 hari. Siang malam tido pun kat atas longkang tu sambil bising bising seperti menangis minta pertolongan. Sehingga ada seorang pekerja yang pelik dengan kelakuan ibu kucing tu check, ada 2 ekor anak kucing yang baru lahir jatuh ke dalam longkang. Lubang sangat kecil, so ibu kucing tak dapat nak selamatkan tapi ibu TIDAK TINGGALKAN anak anaknya. Terus merayu meminta pertolongan.

Usaha ibu kucing tu berhasil apabila sepasukan BOMBA dari Pontian datang menyelamatkan anak anak kucing tersebut. Dorang terpaksa pecahkan konkrit longkang untuk keluarkan anak kucing tu. Keluar ja anak kucing tu, ibu trus amik bagi susu dan jilat jilat anak dia. Ye la dah 3 ari dok dalam longkang, memang lemah la. Kesian..

Kejadian ni patut kita sebagai manusia, amik iktibar, sedangkan binatang pun sayangkan anak, apatah kita yang ada akal berfikiran waras. Sayangi anak anak anda.



Source

9 comments:

Alkisah said...

sedih baca cerita nie.. terbaik laa orang yang faham perasaan kucing dan siap panggil bomba..

ni manusia ada baby, dibuang buang kat tong sampah.. haihss..

Fikri Rais said...

Manusia hati batu ramai skrang ni Alkisah..

ladyzamea said...

so sweet...

kesian mama kucing n baby2nya..
nasib bomba dtg tolong...
kalau tak mati beraganlah kat situ..


p/s: kucing pun th syg anak..tolong jgn buang anak merata2..sedih/kesian/dosa tau!!!!

miss nina said...

sedihnya baca cerita ni.kita sebagai manusia kena ambil iktibar.

Fikri Rais said...

ladyzamea: kl xde bomba dtg. mau meroyan ibu kucing tu.. kesian....

Fikri Rais said...

miss nina: ada benda yang manusia kena belajar dari haiwan...

Sekamar Rindu said...

salam...

sangat sedih dan terharu...membaca entri ni...nilah satu bukti betapa haiwan pun teramat sayang akan anaknya...
tak pt manusia...senjaga dibuang di dalam longkang dan dicampak di atas bangunan..

cik_sna said...

giler ah. samapai perlu panggil bomba. wonder jugak macam mana lah anak kucing tu boleh jatuh. tiga2 plak tu.

salam ziarah.
berjalan-jalan mencari cerita best :)

Fikri Rais said...

cik_sna: kucing baru lahir x nampak lagi.. sbb tu kot jatuh... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...