Tuesday, June 28, 2011

Sekangkang Kera


Projek terbaru aku ialah tanam rumput baru di tanah sekangkang kera depan umah aku nih. Even rumah ni sewa, aku dah tak tahan nak cabut temucut. Kalau dipotong disabit makin banyak plak dia naik. Nak tak nak aku kena cabut satu satu dengan akar2 nya skali. So, mula dengan beli cangkul baru, aku pun start korek buang rumput lama. Pergh !! sakit badan x hengat. Sakit pinggang/belakang macam apa lagi. Bertampal koyok aku malam tu.


Day 1: Baru buang rumput lama separuh kangkang kera. Letak tanah bagi rata sket trus aku susun Japanese Grass. Orang pesan letak pasir bagi senang sket, mana aku nak  cari pasir bila buat keja last minute nih.. belasah ja dl..
Day 2: Aku sambung sket lagi main korek korek dan susun rumput. Tanah plak tak cukup & rumput pun kena tambah sket lagi...Kena p beli lagi
Day 3: boleh siap kot..

Kalau aku nak upah orang, kosnya 2-3 kali ganda. Aku buat sendiri jimat banyak tapi memang keluar peluh petani la.. Dah bertahun tahun tak pernah menyangkul. Tanah sekangkang kera aunty sebelah umah aku, tinggal sebelah kangkang ja, dorang buat tanam sayur.


Memang hijau cantik2 sayur dorang. Yang ada kat umah aku skrang, pokok Pudina, Kesom, Daun Kari, Serai, Pandan, Kunyit & betik.. tu pun kadang kadang berhari hari dorang x kena air.. Skrang dah musim hujan.. ok sket kot..


Tunggu gambar projek aku siap sepenuhnya..baru nampak macam stadium Anfield, sekarang macam stadium pecah ja..

9 comments:

Alkisah said...

rumah sewa pun hang rajin tanam rumput.. tuan rumah mesti sayang hang nie.. kalau rumah sendiri aku rasa.. memang macam anfield la..

Fikri Rais said...

Alkisah: haha.. mai time rajin bleh la buat.. xtau la aku bleh maintain ke tak nanti.. huhu

belogkiter said...

ok... tunggu sampai jadi padang bola ;)

Fikri Rais said...

belogkiter: tunggu raya rasanya penuh bersambung la rumput2 tu.. :)

**::CIKNUURUL::** said...

uihhh,.smpai gitu skali ek,.stadium tuu,.hik3

Fikri Rais said...

CN: angan2 kena tinggi. huhu

Raden said...

kenapa kangkang kera di persoalkan? kesian kera

cikmemy said...

ni umah bujang ke?amboi rajinnye...buatkan utk rmah i sekali buleh?huhuhu

Fikri Rais said...

Raden: huhu.. biar kera disalahkan jangan tuan kera plak yang kena.. :)

Cikmemy: Umah sewa tapi dah tak bujang.. Tanam sendri ja cik memy, kl upah org mahal, upah saya pn bleh.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...