Thursday, July 28, 2011

Aauummm !!!!

Jom Penuhkan Stadium !!!
Malaysia Boleh !!!
Tanah Tumpah Darahku !!!

Sunday, July 24, 2011

Fadhilat Solat Tarawih

 dipetik daripada Portal JAKIM - Mufti Negeri Terengganu

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Rujukan lain : infad.usim.edu.my

Bersama kita menjalankan ibadah puasa dan solat tarawih dengan penuh keimanan dan semua amalan diterimaNya. InsyaAllah.

Wednesday, July 20, 2011

Buffet Ramadhan 2011

 Ramadhan bakal menjelma. aku pasti ramai orang dah pikir bab makan. Kalau yang nak mencari buffet ramadhan, aku dah cari senarai tempat tempat menarik dan berpatutan di Lembah Klang. Kalau berminat, boleh la call tempat tersebut dan buat tempahan. Ini baru version 1, nanti aku carikan lagi version 2. Last year punya puasa, ada 2-3 tempat yang menarik aku cuba. Nanti aku cari dan update kat cni.

Apa pun, hayati lah Bulan Ramadhan dengan sebaiknya, elakkan pembaziran :)



Sajian Ramadan Buffet Raintree Cafe, Hotel Maluri
From 01.08.2011 to 29.08.2011
Original Price:
Adult : RM 90.00 nett
Child : RM 63.00 nett
For pre purchase and confirmed paid reservations, enjoy special price of RM 58.00 nett (adult) and RM 32.00 nett (child).
*Terms and Conditions apply
Special 9+1 Promotion (Every 9 full paying customers, the 10th person eats for FREE)
To purchase vouchers please call 03-92878833 ext 630.



















Ramadan Buffet Promotion @ Sime Darby Convention Centre
Discount Duration : Sun, 1 May 2011 – Sun, 31 Jul 2011
Promotion : We welcome the holy Ramadan with Early Saving up to 40% on our scrumptious buffet starting from MAy til July 2011. Purchase your Ramadan voucher now as the savings get less as we draw closer to the fasting month.
# Products Offered : MAY Voucher – RM50 NETT
# JUNE Voucher – RM60 NETT and JULY Voucher – RM70 NETT
Telephone : 03 2089 3688



Ramadan Buffet Promotion @ Cyberview resort & Spa, Putrajaya
Refresh yourselves after a long day of fasting with rows of delicacies, encompassing a variety of Malay heritage to Oriental and Western cuisines. Choose from sweet savories to other tantalizing dishes, such as Ulam, Ikan Bakar, Dim Sum, Bubur Lambuk, Roti Canai Durian, Bread & Butter Pudding and many more fulfiling treats.
Earlybird- RM67++/person, normal price- RM79++/ person
To purchase vouchers please call 03-83127091/7092.



Buka Puasa Favourites @ The Spread, Gardens Hotel
From 1 – 28 August
RM98* per adult
Enjoy a lavish spread of Buka Puasa delights and feast on Malaysian kampung favourites, Asian specialties, International selections and Middle-Eastern delicacies.
Purchase 10 Buka Puasa vouchers and receive 01 complimentary: offer valid until 15 July 2011
*Rates are subject to 10% Service Charge and 6% Government tax.
For reservation, please call 03-2268 1123 or email fbadmkrul@gardenshtlres.com



Ramadan Buka Puasa Promotion themed ‘ Indahnya Ramadan’ @  Zest, Marriot Putrajaya
From 1 – 28 August
RM92++ per adult
For reservation, please call 03-89498888 ext 1294/1330

Seri Angkasa Revolving restaurant
During this Ramadhan, the Seri Angkasa Revolving restaurant at KL Tower will be having their Ramadhan Specialty for breaking fast. Lots of dishes and cuisine will be served and the dining will be accompanied by live piano performance by Amier Hamzah.
RM135.00++ per adult
RM70.00++ per child (3-11 years old)
For enquiries and reservation please call 03 2145 1833


The Sultani Restaurant
Royal Ramadhan Feast - Flamingo Hotel
Valid from 7/4/2011 till 8/27/2011
Indian Buffet
Price Guide: Below RM60


KEC Cafe
Nostalgia Ramadhan di KEC
Valid from 6/24/2011 till 8/27/2011
Local Buffet



The Spread
Buka Puasa Favourites - Gardens Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/28/2011
Asian Buffet, International Buffet, Local Buffet, Middle Eastern Buffet
Price Guide: Above RM60



Flavors Restaurant
Break-Fast Buffet - Swiss-Garden Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/30/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60




Deli Corner
Jom Makan-Makan...Buka Puasa... - Pearl International Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/30/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Taman Sari Brasserie
Mari Berbuka Puasa - Istana Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/30/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60


Ming Palace Chinese Restaurant
Best Value Dim Sum & Cantonese Set Cuisine - Corus Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/29/2011

Komura Japanese Restaurant
Eat-All-U-Can - Corus Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/29/2011
Japanese Buffet
Price Guide: Above RM60


Dondang Sayang Coffee House
Buka Puasa - Corus Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/29/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Zende
Trails of The Muslim World Cuisines - Best Western Paremier Seri Pacific Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/31/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Utara Coffee House
Aneka Selera Ramadhan - Hotel Armada
Valid from 7/18/2011 till 8/31/2011
Local Buffet
Price Guide: Below RM60, Above RM60



Warisan Cafe
Royale Ramadan Bazaar - The Royale Chulan Kuala Lumpur
Valid from 8/3/2011 till 8/28/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Bunga Emas
Royale Ramadan Bazaar - The Royale Chulan Kuala Lumpur
Valid from 8/3/2011 till 8/28/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Latest Recipe
Santapan Buffet Delights - Le Meridien Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/26/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Serena Brasserie
Sahur Buffet - Nikko Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/30/2011
Local Buffet
Price Guide: Below RM60



Serena Brasserie
Berbuka Puasa "Balik Kampung" - Nikko Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/30/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Checkers Cafe
Citarasa Selera Bersama Jaafar Onn - Dorsett Regency Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/30/2011
Local Buffet
Price Guide: Above RM60



Saffron Brasserie
Resepi Kak Yam - Ancasa Hotel
Valid from 8/2/2011 till 8/30/2011
Local Buffet
Price Guide: Below RM60



Chakri Xpress
Ramadhan Buffet by the fountain
Valid from 8/4/2011 till 8/31/2011
Thai Buffet
Price Guide: Below RM60



Klang Executive Club
Nostalgia Ramadhan di KEC
Valid from 8/4/2011 till 8/27/2011
Local Buffet
Price Guide: Below RM60



Coffee House
Buffet Berbuka Puasa Bulan Ramadhan - City Villa Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/30/2011
Local Buffet
Price Guide: Below RM60



Bangkok House
Breaking the Fast Promotion - De Palma Hotel
Valid from 8/1/2011 till 8/30/2011
Thai Buffet
Price Guide: Below RM60

Sunday, July 17, 2011

Malaysia XI 3 vs Liverpool 6

Satu persembahan yang menarik dari kedua dua pasukan. Tahniah pasukan Malaysia yang menunjukkan semangat juang yang kental. Jaringan jaringan yang cantik dari Safiq Rahim (video) dan Safee Sali. Stadium penuh at least 80%. Dah macam tengok final Piala Malaysia dah. Penyokong penyokong semua memang bersemangat dan sporting bersorak tak kira Liverpool ataupun Malaysia.  Semangat kesukanan macam ni lah kita nak tengok. Aku rasa Ultras Malaya pun ada dalam stadium, trimas atas paluan gendang.


Tanah Tumpah Darahku
You'll Never Walk Alone

























FT    Malaysian XI     [3 - 6]     Liverpool
27'    [0 - 1]                             C. Adam (pen.)    
43'    [1 - 1]    Safiq Rahim       
69'    [1 - 2]                             D. N`Gog    
70'    [1 - 3]                             D. N`Gog    
75'    [1 - 4]                            M. Rodriguez    
80'    [2 - 4]    Safee Sali        
82'    [3 - 4]    Safee Sali        
90'    [3 - 5]                            M. Rodriguez    
90'    [3 - 6]                            D. Kuyt    

Friday, July 15, 2011

Air Pollutant Index Malaysia

Jerebu July 2011
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)


IPU 14 Julai 2011
 
IPU 15 Julai 2011


Semenjak dua menjak ni, jerebu makin teruk.. aku tak sure dari mana habuk jerebu ni. Tapi hari ini hujan pagi. aku harap dapat lah clear sket jerebu kat KL ni yang paling teruk kat Klang. Almost semua kawasan dalam paras moderate atau sederhana. 

Kalau yang melakukan aktiviti luar, kalau rasa tak selesa hidung tu, bleh la pakai mask.




Wednesday, July 13, 2011

Should I or Should I Not



Merujuk kepada gambarajah di atas, mesti dah bleh predict apa yang bermain di fikiran aku kn. Yang petak meninggi tu, my current Astro package. Yang petak memanjang adalah Super Pack 1 yang aku rasa agak berbaloi untuk aku dan within my budget. Mulai bulan depan, aku kena bayar lebih kurang RM110 untuk package yang aku amik sekarang.(tengok kat atas)..kalau aku tambah sket lagi dapat Super Pack 1.. sket2 pun lagi RM22 (termasuk tax) aku dapat extra 5 benda..
  1. extra satu lagi mini package ( sekarang aku amik variety and learning, bleh la amik news @ cartoon )
  2. Movies ( skrang memang aku x amik sebab muvi semua lama2.. pastu ulang2 bikin gua panas )
  3. Mustika ( kalau time maharajalawak berbaloi gak kot amik )
  4. Tayangan Hebat ( nampak kadang2 macam merapu ja muvi2 nih )
  5. PVR ( menarik gak, kalau ada skrang, tak perlu lagi aku download torrent Juvana episod 13 time keja malam ) 
  6.  

Cuma aku nak kena pastikan NO extra extra hidden charge from Astro. Sebab PVR service kena charge RM10 sebulan..tapi yang Super Pack 1 ni xtau la kena ke tak.. Memang xdak tulis pun kat website Astro.

Monday, July 11, 2011

Buy 1 Free 1 : McDonald's Double Cheeseburger

Mcdonald's datang lagi dengan promosi baru bulan July.To all cheese lovers out there, print this coupon and redeem now !!! :)


get your coupon here

Hope Solo


 Kalau sapa sapa yang tengok FIFA Women's World Cup 2011 mesti tau sapa itu Hope Solo. Goalkeeper USA yang hot !! Semalam aku tengok USA vs Brazil.. amat beza skali level ke 'hot' an player player USA dengan Brazil. USA semua stock cun2, tapi yang Brazil ada versi Ronaldo, Macy Gray.. macam predator pun ada.. isk2.. Tunggu semi final USA vs France, Japan vs Sweden..




Opismate aku pun ada blog pasal Hope Solo, x kisah la..aku pn nk letak gak video nih.. hehe..

Thursday, July 7, 2011

Roadblock Bersih 2.0


Sempena Bersih 2.0, Pihak Polis terpaksa buat sekatan jalanraya di sekitar Lembah Klang dan ada jugak aku dengar sampai ke negeri negeri lain pun. Ini semua adalah untuk keselamatan orang ramai. Akibat dari roadblock yang bersepah sepah ni, ramai la orang punch card merah, sampai sekolah lambat, delivery lambat sampai, macam2 lagi. Terpaksalah keluar awal untuk ke pejabat 2-3 ari nih...


Sempena Bersih 2.0, banyak company dah mula risau dengan keselamatan pekerja pekerja dorang. Tindakan proaktif diambil seperti diberi pelepasan bekerja dari rumah, atau super proaktif, carikan hotel berdekatan pejabat pastu dok ramai ramai kat situ. Ya lah.. boss mana x risau kalau ramai orang tak dapat datang kerja nanti abislah production.

Impak kat peniaga pun akan amat dirasai. Kedai kedai terpaksa tutup sebab stock x sampai sangkut kat tengah jalan :)

Aku pun ada dapat SMS, BBM dan email, roadblock2 yang disetup oleh abang2 Polis di sekitar KL. Antaranya
  • dari Putrajaya ke KL (MEX)
  • dari toll Kajang ke Bangi (PLUS)
  • dari Jalan Enggang ke AU2 & AU3
  • dari Damansara ke Penchala
  • dari Bukit Jelutong/Shah Alam ke Kampung Subang
  • dari Damansara Toll ke Kayu Ara
  • Jalan Subang Airport
  • Jalan Haji Sirat ke Taman Sri Pekan, Klang
  • Sekitar Cyberjaya
  • Jalan Kampung ke KL

Perkhidmatan bas awam (express dan antarabandar) juga ditukar sementara stesen stesennya

''
Due to continuous scaremongering of BERSIH 2.0 march, SPAD has issued an official announcement on the temporary change in final destinations of express and stage buses in Kuala Lumpur.

Date        :     Saturday, 9 July 2011
Sanctioned Hours:      0001 to 2200 Hrs

Express buses will shift to these stations:

Puduraya and Pekeliling bound express buses (except KL-Seremban route) will shift temporarily to Hentian Duta.
Hentian Putra (PWTC) and KL-Seremban express buses will shift temporarily to Terminal Bersepadu Selatan (Bandar Tasik Selatan)

Stage buses will stop at these rail stations:

Titiwangsa – Buses from Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching and Jalan Duta
Dato Keramat – Buses from Jalan Ampang
Maluri – Buses from Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras
KL Sentral Monorail – Buses from Federal Highway (to use Jalan Bangsar – Jalan Travers – Jalan Tun Sambanthan) and buses from Jalan Damansara
''

Sunday, July 3, 2011

Malaysia Layak ke Pusingan Kedua : Kelayakan Piala Dunia 2014

Malaysia layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 setelah seri 4-4 menentang Taiwan dengan kelebihan gol tempat lawan. Perlawanan yang betul betul sakit jantung penyokong. Malaysia akan menentang Singapura yang mendapat bye.

Saksikan sepakan percuma yang cantik oleh Aidil Zafuan & Safiq Rahim





Malaysia perlu mengukuhkan pertahanan dan menguatkan semangat dan stamina untuk menguasai perlawanan seterusnya. Sekali lagi tahniah !!!


video source : sokernet

Live Steaming Malaysia vs Taiwan : Kelayakan Piala Dunia 2014



Bagi yang tiada kemudahan TV2 dan Astro, boleh cuba link di bawah untuk live streaming. Bersama kita menyokong pasukan kebangsaan kita menentang Taiwan. Malaysia yang menang 2-1 di Bukit Jalil pada perlawanan pertama akan menentang Taiwan di tempat sendiri yang mungkin lebih semangat.

Namun Malaysia tidak gentar. Dengan kehadiran penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha dan pertahanan kebal Aidil Zafuan. Kawasan tengah Malaysia dikemudi kemas oleh Safiq Rahim. Kita mengharapkan sekurang kurang seri untuk layak ke pusingan berikutnya menentang Singapura.

Bersama kita menyokong pasukan kebangsaan kita. Malaysia Boleh !!!

www.livetvcenter.com

http://www.rtm.gov.my

http://www.ustream.tv

Friday, July 1, 2011

Pekerja KFC Pengotor


Gila kurang ajar, pengotor, tiada adab !!! Ni yang aku mampu katakan bila tengok video seorang pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mencalit ayam yang nak digoreng tu kat tapak kasut dia.. Pergh !!! sambil gelak2 plak tuh.. Ada ja lagi pekerja lain kat dalam video tu. Semua buat selamber ja.. haihss.. macam macam crita aku dengar pasal fastfood nih.. Pelik gak, takkan xdak CCTV dalam dapur. Aku harap ada lah, lepas ni minta pengurusan KFC siasat KFC mana dan amik tindakan. Aku rasa imej fast food no 1 Malaysia ni mesti tercalar at least sket penangan mamat bodoh ni.

Jadual Perlawanan Copa America 2011 di Astro

Sebelum EPL bermula, boleh la kita layan dulu Copa America 2011. Aku dah capture jadual perlawanan peringkat kumpulan, so boleh la plan bila nak tidur,bila nak MC @ EL. :)





Peminat peminat Messi, Suarez, Pato, Dos Santos, Chicharito .. jangan lepas peluang untuk menyaksikan pemain favourite anda beraksi :)


sumber: Astro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...