Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin

Di hari yang mulia ini, FikriRais dan famili mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Saya memohon maaf sekiranya ada tersalah kata dan bahasa dalam entry entry saya sebelum ni. Bagi yang mengenali saya, 10 jari disusun rapi maaf dipinta andai terkasar bahasa tersinggung hati. Bergembiralah bersama keluarga dan berhati hati di jalanraya.


Friday, August 26, 2011

Balik Kampung !!!

Ramai yang akan mulakan perjalanan ke kampung halaman seawal malam ini dan esok memandangkan sekolah dah mula cuti. Bagi yang memandu, pandulah berhati hati. Ingatlah orang tersayang. Biar lambat asal selamat.Kalau mengantuk berhenti tdo sebentar di RnR. Bagi co-pilot, jangan nak tdoq ja sepanjang perjalanan, teman si pilot tu drive ok ?
Bagi pemandu pemandu bas ekspress, pandulah dengan berhati hati, ingat tanggungjawab anda perlu bawa penumpang selamat sampai ke kampung halaman,

Semoga Bergembira di Kampung Halaman Menyambut Aidil Fitri.
Kepulangan Anda Amat Dinantikan Ayah Bonda

Semak Twitter Plustrafik dan LLMinfotrafik untuk maklumat lalulintas


Saturday, August 20, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang !!!

17hb August 2011 yang lepas maka genaplah 3 tahun perkahwinan Fikri & Diana.  Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga.

Sayang,
Terima kasih kerana menerima abang seadanya. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi abang tak kira senang dan susah. Terima kasih kerana menyayangi abang. Terima kasih atas kesabaran dan ketabahanmu melayari bahtera perkahwinan kita dan terima kasih atas zuriat yang dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Sayang,
InsyaAllah abang akan cuba baiki segala kelemahan yang ada. Abang akan sentiasa menyayangi sayang dan  bersamamu hingga ke syurga. InsyaAllah abang akan menjadi suami yang terbaik buatmu sayang.

Ya Allah Ya Tuhanku,
 Jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia dan dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Kau murahkanlah rezeki kami, Kau jauhkanlah kami dari penyakit bahaya, jauhkan kami dari malapetaka dan jauhkan kami dari azab api neraka.
Amin..



Sunday, August 14, 2011

Kalamullah @ TV3



kita bertemu lagi adik adik, dalam rancangan Kalamullah

Rancangan Kalamullah setiap hari jam 530 pagi ni memang aku tak penah miss. Aku kagum dan teruja sangat tengok adik adik ni menghafal Al-quran. Tabik spring kat adik adik yang 8-10 tahun yang dah boleh menghafal surah surah yang panjang panjang. Pengacara rancangan Ustaz Tarmizi plak memang menjadi idola ramai sekarang semenjak menjuarai rancangan Akademi Al-Quran. Bacaan dia memang sedap.

Sekolah sekolah tahfiz ni pun ada macam macam environment. Kebanyakkannya dah moden aku tengok. Dorang diajar ilmu agama dan hafazan serta disediakan untuk UPSR, PMR dan SPM jugak. Ada saudara aku yang begelar Al-Hafiz cemerlang jugak dalam pendidikan. SPM straight As, amik law civil dan syariah sekali pastu skrang dah jadi lawyer pun. Alhamdulillah..

Apa yang aku tengok, bila hati kita bersih, tak dicemari oleh anasir2 luar, amalan dan iman yang kuat, senang untuk kita menuntut ilmu dan seterusnya menghafal. Kalau orang biasa  dok kat rumah, aktiviti harian seperti orang biasa, agak sukar nak menghafal seperti pelajar pelajar di Ma'had Al-tahfiz.

Kalau ada rezeki, teringin aku nak hantar sorang anak aku belajar Tahfiz. InsyaAllah...

pic from perekacerita

Tuesday, August 9, 2011

Hadapi Dengan Senyuman

Aku bersyukur dengan kurniaanMu, Aku redha dengan dugaan dan ujianMu
Berikanlah aku petunjuk keatas semua yg berlaku Ya Allah
Berikanlah aku ketenangan dan ketenteraman jiwa Ya Allah
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu Ya Allah


Thursday, August 4, 2011

Bubur Lambuk Pak Hassan Kampung Baru

Teringat dan teringin punya pasai, aku sanggup trun KL dari SK mencari bubur lambuk Pak Hassan Legend. Mulanya aku plan nak pi ramai ramai dari SK. Memandang semua kawan kawan aku hanya berkereta tidak bermotor, aku sarankan aku ja yang pi beli kat Kampung Baru. Kalau nek keta, komfom bubur lambuk abis dalam keta ja satg.

Kul 330pm aku dh beratur. Panjang jugak la. Semua orang dah faham, kalau nak beli bubur lambuk kena beratur, NO ciluk2 buat buat kenal Pak Hassan nak potong line. Kedai ni betul betul depan Menara DBKL dan UNIkl. Dulu aku belajar kt Unikl ni lah. Abih kelas ja terus tapau bubur lambuk buat berbuka posa..







 
Tepat kul 4pm, aku dah nk smpai ke meja jualan, makcik tu dah announce, bubur dah abis, kalau nak jugak, tunggu lepas Asar untuk yang sedekah punya. Aduh !! takkan aku nk tunggu, lambat lagi nak  Asar.. Aku pun buat2 sibuk kt meja tuh, dorang ada bawa keluar dalam 20 plastik lagi bubur, dyemm !! aku x sempat sambar. Ada la sorang mamat Pakistan @ Bangla pekerja Pak Hassan ni, bawa mai kat aku 2 plastik sebab dia tengok muka kesian aku kot.. haha... Alhamdulillah dapat gak bubur lambuk untuk berbuka puasa arinih. rezeki mak buyong lah kot. buat kawan2 aku yang pesan, sorry gang, lain kali kita arrange lagi  rombongan Paraquad ke Bubur Lambuk Pak Hassan Kampung Baru.


Dalam pukul 4pm ++ tu, ramai gila orang dah start beratur untuk amik bubur lambuk. Sempat aku snap 2-3 gambar sebelum aku chiow dengan muka happy :)



sampai traffic light Jalan Sultan Ismail tu beratur..

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Sempena bulan yang mulia ini, Fikrirais.com and family, mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterimaNya. Bersederhanalah dalam bulan Ramadhan. Jangan membazir membeli makanan yang terlebih lebih.Jangan nak buffet sangat !!! Banyak banyakkan ibadat, Jaga kesihatan dan jangan lupa Solat Tarawih ya !!! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...