Rancangan Kalamullah setiap hari jam 530 pagi ni memang aku tak penah miss. Aku kagum dan teruja sangat tengok adik adik ni menghafal Al-quran. Tabik spring kat adik adik yang 8-10 tahun yang dah boleh menghafal surah surah yang panjang panjang. Pengacara rancangan Ustaz Tarmizi plak memang menjadi idola ramai sekarang semenjak menjuarai rancangan Akademi Al-Quran. Bacaan dia memang sedap.
Sekolah sekolah tahfiz ni pun ada macam macam environment. Kebanyakkannya dah moden aku tengok. Dorang diajar ilmu agama dan hafazan serta disediakan untuk UPSR, PMR dan SPM jugak. Ada saudara aku yang begelar Al-Hafiz cemerlang jugak dalam pendidikan. SPM straight As, amik law civil dan syariah sekali pastu skrang dah jadi lawyer pun. Alhamdulillah..
Apa yang aku tengok, bila hati kita bersih, tak dicemari oleh anasir2 luar, amalan dan iman yang kuat, senang untuk kita menuntut ilmu dan seterusnya menghafal. Kalau orang biasa dok kat rumah, aktiviti harian seperti orang biasa, agak sukar nak menghafal seperti pelajar pelajar di Ma'had Al-tahfiz.
Kalau ada rezeki, teringin aku nak hantar sorang anak aku belajar Tahfiz. InsyaAllah...
pic from perekacerita
4 comments:
hantar kecik...anak2 yang soleh nanti yang akan mendoakan kita bila kita dah tak ada kat dunia nnt
InsyaAllah Gbum.. tunggu dapat anak laki dulu..kl ada rezeki, pompuan jadi doctor, laki jadi tahfiz..:)
kena tunggu anak laki laa. aku plak. syok bila ada budak2 tahfiz dok mai jadi imam terawih kat surau area rumah aku.. baca sedap pastu berlagu, teringin nak baca macam depa, tapi still tak jadi berlagu.. awat la aku tak minat mengaji time kecik2 dulu.. ish ish ish..
alkisah: mmg best dengar bacaan depa. ang cuba masjid besi putrajaya, kena imam pak arab, nangis weh dengar dia baca...
Post a Comment