Sayang,
Terima kasih kerana menerima abang seadanya. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi abang tak kira senang dan susah. Terima kasih kerana menyayangi abang. Terima kasih atas kesabaran dan ketabahanmu melayari bahtera perkahwinan kita dan terima kasih atas zuriat yang dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Sayang,
InsyaAllah abang akan cuba baiki segala kelemahan yang ada. Abang akan sentiasa menyayangi sayang dan bersamamu hingga ke syurga. InsyaAllah abang akan menjadi suami yang terbaik buatmu sayang.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia dan dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Kau murahkanlah rezeki kami, Kau jauhkanlah kami dari penyakit bahaya, jauhkan kami dari malapetaka dan jauhkan kami dari azab api neraka.
Amin..
No comments:
Post a Comment