Monday, September 19, 2011

Wedding Anis & Aziz

Sekali lagi aku dijemput ke kenduri kahwin puteri Datuk Jalaluddin Hassan, Anis dan pasangannya, Aziz. Kali ni majlis diadakan di Dewan Banquet UPM. Kali pertama Datuk buat kenduri kat dewan. sebelum sebelum ni semua kat rumahnya.

Pengantin masuk ke dewan
Flower girls :)

Datuk sempat nyanyi live 2 lagu :)

Bersama Tuan Amru :)

Leesya & Mama sedondon purple :)


Majlis sangat meriah, dewan sangat cantik dan sangat besar. Kalau kenduri kecik2, aku rasa dewan ni terlalu besar. Majlis berjalan lancar, acara rombongan pengantin berarak masuk di iringi adik beradik pengantin perempuan di iringi selawat. Sepanjang majlis, live band dari Kombo Penjara Kajang buat persembahan dan Datuk sempat nyanyi 2 lagu untuk tetamu. Datuk memang daddycool lah !!!

Hidangan dan dewan semua diuruskan oleh UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd .Semoga pasangan pengantin baru bahagia, diberkati hingga ke akhir hayat :)



Tuesday, September 13, 2011

Info Banjir Perlis / Kedah 2011

 Banjir di Perlis bertambah buruk dengan jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada lebih 694 orang daripada lebih 90 buah keluarga berbanding 100 orang semalam

10 pusat pemindahan banjir dibuka iaitu lima di kawasan Padang Besar, tiga di Kangar dan dua di Arau.
Air di empangan Timah Tasoh terpaksa dilepaskan menyebabkan air sungai di Perlis melimpah. Sehingga pagi ini, daerah Kubang Pasu masih lagi selamat dari banjir.

Sila semak update terkini banjir Perlis Kedah September di web MADA dan JPS di bawah

 Sistem Telemetri MADA


Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran

UPSR 2011

Good Luck kepada semua calon calon UPSR 2011. Mulakan dengan Bismillah, semoga jawab dengan tenang dan dipernudahkan olehNya. Ini hanya permulaan, usaha dan tawakal, gagal di sini tidak beerti gagal selamanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...