Tuesday, October 25, 2011

50 sen 1968 Terbelah



Aku rasa ni duit syiling paling tua yang aku pernah ada dan sedar. Harituh p tukar duit syiling dengan bank tak tengok pun tahun bila dikeluarkan. Banyak jugak peminat @ pengumpul duit syiling yang extreme sanggup beli syiling lama sampai ribu2.. haihs..kalau syiling ni ada nilai best gak  :)

Tuesday, October 18, 2011

Proton : Power Window Lifetime Warranty

Masalah power window memang dah biasa untuk kereta Proton. Sekarang tak lagi. Berita baik buat semua pemilik kereta Proton, lifetime warranty untuk power window !!! Semua model baru Proton yang didaftarkan sebelum 1 September 2011 dan kereta yang masih dalam warranty ketika 1 September 2011. Kereta berusia bawah 10 tahun dan mileage 250 000 km juga layak untuk tawaran ini. Bagi pemilik Proton yang layak, jom serbu Proton Service Center !!! :)


Monday, October 17, 2011

Tarikh PRU 13

Gema PRU 13 makin kuat kita dengar. Terkini guru guru yang bertugas untuk pilihanraya pun dah dapat surat. Sekolah sekolah yang akan digunakan sebagai tempat mengundi pun dah dapat surat dari SPR. Latihan latihan pun dah mula diberikan kepada petugas. Semoga Pilihanraya Umum ke 13 berjalan dengan lancar, adil dan telus. Bagi yang ingin menyemak status daftar pemilih bolehlah ke laman web rasmi SPR. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.


Saturday, October 15, 2011

Bila Tabung Sudah Penuh



Tabung dah penuh. Jom tukar duit kat bank. 2 tahun gak baru tabung ni nak penuh. Apa nak buat dengan duit tabung ni? belanja ? wat saving ? hmm.. ingat nk beli subang kat leesya... dia dok mintak subang baru dh. :)

FYI, aku tukar duit syiling kat CIMB cawangan Pandan Jaya. Setiap hari Rabu boleh tukar syiling kat sini. Branch lain aku tak sure.Untuk mudahkan dan cepatkan proses mengira syiling tu, korang bleh la sort kan siap siap 5 kupang 2 kupang dan sekupang. Ada case pegawai bank yg jaga machine tu tipu. So, korang tunggu ja la kat depan counter tu :)

Thursday, October 13, 2011

Maharaja Lawak Mega




Astro kembali dengan Maharaja Lawak Mega bermula 28 October 2011 10 malam di Astro Warna. Saksikan otai otai lawak bertanding. Mampukah buat penonton gelak pecah perut kali ni? 



Peserta-peserta Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ramlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.

Ifa Raziah bergabung dengan 2 pelawak dari Singapura untuk mewujudkan kumpulan yang dinamakan sebagai Syok.
Sementara, kumpulan komedi wanita dari Singapura iaitu Gebu yang dianggotai oleh Hani dan Azian pula pastinya akan menonjolkan keunikan yang tersendiri.


Peserta dari Indonesia iaitu Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Monday, October 10, 2011

Indahnya Ciptaan Tuhan


Kejadian Luna Halo bulan dikelilingi cincin 09/10/11 sekitar jam 11pm


// Picture from BBM Group

Monday, October 3, 2011

Drama Soffiya berunsur negatif

Apa yang nak dimalukan. Bukan semua Melayu baik baik belaka. Memang ada pun lelaki yang perangai syaitan. Ayah rogol anak, jual anak..Emak lacurkan anak, Anak bunuh emak bapak.. macam macam lagi. Ini realiti yang kita kena terima dan tak perlu nak disembunyikan. Malu ke? kalau malu ambil tindakan lain, beri penyedaran, didik agar benda tak elok ni terjadi. Elok juga Soffiya ni ditayangkan agar memberi kesedaran. Aku pun sempat tengok sekali ja drama ni. Tapi sekali lagi, buat apa nak sembunyi benda betul betul terjadi dalam masyarakat kita ??!!

SLOT drama Akasia berjudul Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ternyata mampu menarik jutaan penonton.

Namun, jika dinilaikan jalan ceritanya, kisah yang dipaparkan agak keterlaluan kerana menonjolkan sikap masyarakat Melayu tidak bertamadun dan kejam apabila si bapa yang juga seorang doktor tergamak merogol anak kandungnya sendiri serta menyeksa isterinya dengan kejam.

Lakonan Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izora Aishah dan Azhar Sulaiman walaupun berkualiti dan mempunyai identitinya tersendiri mempunyai jalan cerita seperti menggambarkan masyarakat Melayu kini terlalu rendah moralnya.
Diharap drama berunsur negatif dan tidak menunjukkan moral murni perlu ditapis supaya tidak menjejaskan pemikiran orang Melayu dan pemikiran kaum lain terhadap bangsa Melayu.

Kita orang Melayu mempunyai sifat sopan santun dan lemah lembut tidak mungkin melakukan perkara yang sangat menjijikkan walaupun di dalam drama.


SYED OSMAN,
Ampangan, Seremban.


source - www.bharian.com

Saturday, October 1, 2011

Astro Baby TV

Channel 618

Bermula 1 October 2011, Baby TV dah kena bayar. Anak aku suka sangat tengok channel ni. Semua ni bikin gaduh ja. Kalau Leesya ada kt umah, tengok Baby TV la mama n abahnya..  Baby TV ni memang menarik, colour yang striking, watak yang menarik, bunyi yang tarik perhatian pergerakan yang sesuai  untuk baby hingga ke 3-4 tahun.
Kalau yang sempat record guna Astro PVR tu ok la. pasni just tengok dari situ la. Aku rasa kat youtube pun ada. boleh la download letak dalam iphone @ ipad. Kalau nak tengok secara mobile pun boleh di Baby TV Mobile.
Hungry Henry & Numbers Party antara favourite Leesya. Sekarang tengah pikir2 lagi nak subscribe ke tak, kalau bleh xnak la Leesya dok mengadap TV ja.. Tapi Baby TV ni banyak membantu gak, diam ja Leesya tengok TV, bleh la mama n abah wat keja lain :)..Tunggu 2-3 hari kalau Leesya tanya kena la aku subscribe. Bagi yang nak subscribe, boleh call atau SMS seperti di bawah.

To all Astro subscribers, thank you for watching our preview of Baby TV - the world’s first channel dedicated to infants, toddlers and their parents.

The preview will end on 30th Sept. Subscribe to Baby TV now, on Astro channel 618 at just RM 5 per month.

To subscribe, call 1 300 82 38 38 or SMS: ASTRO 10 digits Astro Account Number#babytv and send to 32888. (Eg. ASTRO 1234567899#babytv)

Standard telco charges apply. For Terms and Conditions, log on to

www.astro.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...