Apa yang nak dimalukan. Bukan semua Melayu baik baik belaka. Memang ada pun lelaki yang perangai syaitan. Ayah rogol anak, jual anak..Emak lacurkan anak, Anak bunuh emak bapak.. macam macam lagi. Ini realiti yang kita kena terima dan tak perlu nak disembunyikan. Malu ke? kalau malu ambil tindakan lain, beri penyedaran, didik agar benda tak elok ni terjadi. Elok juga Soffiya ni ditayangkan agar memberi kesedaran. Aku pun sempat tengok sekali ja drama ni. Tapi sekali lagi, buat apa nak sembunyi benda betul betul terjadi dalam masyarakat kita ??!!
SLOT drama Akasia berjudul Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ternyata mampu menarik jutaan penonton.
Namun, jika dinilaikan jalan ceritanya, kisah yang dipaparkan agak keterlaluan kerana menonjolkan sikap masyarakat Melayu tidak bertamadun dan kejam apabila si bapa yang juga seorang doktor tergamak merogol anak kandungnya sendiri serta menyeksa isterinya dengan kejam.
Lakonan Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Izora Aishah dan Azhar Sulaiman walaupun berkualiti dan mempunyai identitinya tersendiri mempunyai jalan cerita seperti menggambarkan masyarakat Melayu kini terlalu rendah moralnya. Diharap drama berunsur negatif dan tidak menunjukkan moral murni perlu ditapis supaya tidak menjejaskan pemikiran orang Melayu dan pemikiran kaum lain terhadap bangsa Melayu.
Kita orang Melayu mempunyai sifat sopan santun dan lemah lembut tidak mungkin melakukan perkara yang sangat menjijikkan walaupun di dalam drama.
SYED OSMAN,
Ampangan, Seremban.
source - www.bharian.com
SLOT drama Akasia berjudul Soffiya yang sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam ternyata mampu menarik jutaan penonton.
Namun, jika dinilaikan jalan ceritanya, kisah yang dipaparkan agak keterlaluan kerana menonjolkan sikap masyarakat Melayu tidak bertamadun dan kejam apabila si bapa yang juga seorang doktor tergamak merogol anak kandungnya sendiri serta menyeksa isterinya dengan kejam.
Kita orang Melayu mempunyai sifat sopan santun dan lemah lembut tidak mungkin melakukan perkara yang sangat menjijikkan walaupun di dalam drama.
SYED OSMAN,
Ampangan, Seremban.
source - www.bharian.com
2 comments:
kdg2 jemu tgok drama melayu,balik2 fitnah,balik2 org kg mengumpat,balik2 mati....letih jiwa mak ni nak oi...heee
ladyzamea: saya rasa x salah kita tunjuk ja keadaan sebenar masyarakat kita.. amik iktibar dan tauladan.. :)
tapi kl bukak tv ja, semua drama lebih kurang ja.. busan gk kn :)
Post a Comment