Monday, April 30, 2012

Gaji Minimum Sektor Swasta

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan mengumumkan Gaji Minimum Sektor Swasta malam ini. Pelaksanaan gaji minima ini akan melibatkan lebih lima juta pekerja sektor swasta pelbagai industri termasuk perladangan dan pembinaan kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan. Gaji minima juga bakal dinikmati oleh warga asing yang bekerja di Malaysia. Diharapkan dengan penetapan gaji minima ini akan selaras dengan kos sara hidup yang diketahui meningkat dari hari ke hari.

p/s: jangan lah gaji naik, barang keperluan lain lain pun naik.. apa pun tak bleh !!! :)



Sunday, April 29, 2012

Di Sebalik Bersih 3.0

 Aku pilih keamanan. Aku pilih untuk bersama keluarga.

Bila aman, aku pilih untuk makan cendol bersama keluarga
 
 Bila aman, aku dapat makan bersama keluarga

 Masih aman, keselamatan keluargaku aku utamakan
 
 Bila aman, aku riadah bersama keluarga

Bila aman, kawan kawan aku dapat makan burger bertingkat tingkat

Bila aku tengok gambar dan video Bersih 3.0, banyak yang cedera, peserta dan anggota keselamatan.
Aku hanya seorang yang cintakan kemanan. Terpulang kepada individu lain dengan pandangan dan cara masing masing.

Saturday, April 21, 2012

Penyata Gaji Bulan April 2012

Majoriti penjawat awam semuanya tersenyum bila semak penyata gaji bulan ni. Laman web Jabatan Akauntan Negara pun berat semacam ja traffic mencanak canak naik ramai orang nak check slip gaji. Jadual gaji baru dah keluar, yang tertunggak plak senyum lah tengok :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...