hahahaha.. Assalamualaikum to all readers.. (ada lg ke readers nih.. ehehe)
fikrirais.com kini kembali setelah hampir setengah tahun takdak entry. Bukan xdak crita, banyak sgt tp x sempat nk tulis.
Kalau tengok blogger2 lain ada ja benda nk tulis macam si redmommy, proudduck, beautifulnara etc2. ni semua dlm list wajib baca dlm phone wife aku. tiap mlm sebelum tdoq mesti dok usya blog2 nih. :)
Aku terpanggil nak update blog memandangkan banyak perkara besar berlaku lately. Antaranya Sabah di serang, anggota keselamatan kita meninggal kena pancung dan macam2 lagi kezaliman pengganas Kiram nih. Takziah buat semua wira negara yang terkorban. Al-fatihah. Doaku untuk semua anggota keselamatan kita agar dilindungi Allah. Jasa kalian amat dihargai !!!
Tak lama lagi nk PRU. Hari ni pun dok pungpang dalam facebook PM Najib masuk Istana mengadap katanya nak bubar parlimen. Macam macam crita entah betul entah tidak.. Facebook la ni dah terok dari makcik2 dalam drama tv yang dok jaja khabar angin satu kampung. Impact FB memang power. Bila PM umum ja tarikh mengundi memang trus aku apply cuti. Balik nak ngundi. hehehe
Disember 2012 juga aku kehilangan ayah mertua tersayang yang mengidap sakit buah pinggang dah 5 tahun dan meninggal akibat jangkitan paru paru. Ada lagi kisah tentang arwah ayah mertua aku dalam next2 entry.
Hari ini juga mak, ayah, abg n akak ipar aku kt Mekah sedang menjalani ibadat umrah. Semoga kalian sihat2, dan dipermudahkan ibadah. Doakan anakanda sihat2, murah rezeki dan bertambah imannya.. Amin...
ada 2-3 benda dalam otak aku skrang ni akan aku cuba crita dlm next entry k. See you !!!
No comments:
Post a Comment