Friday, April 19, 2013

Gulai Kalut Langkawi mai KL dah

Tudiaa.. Gulai Kalut Langkawi dah mai KL. tak payah kalut nak pi Langkawi dah..Pakat pakat mai rasa la..

Opening Day lagi kami dah pi rasa. Dulu kat Langkawi memang dok pi makan Gulai Kalut ni. Test tengok rasa sama ke tak.. Memang sama habaq hang !!! Dia punya rasa lemak pedas lain macam rempah.. haha.. buh plak dengan ikan goreng panas panas. Sambal belacan dengan wajib ada kicap manis. Orang KL yang mana x penah try makan nasi gulai camni mai la try. Mesti tambah nasi punya lah.. hehe

 Tudia angpa nampak camna kalut dok makan.. hehe

Kalau x sedap takkan la nak licin camni.. hehe

Bila sedap memang confirm canang habis kat kawan kawan.. hehe :)
recommended untuk yang teringat Gulai Kalut Langkawi

Sapa nak pi try ni alamat restoran



images from facebook Restoran Gulai Panas Langkawi

Jalan Jalan Cari Makan Muar dan Batu Pahat

Awal bulan Mei rituh sempat la aku sekeluarga pi rumah Kak Yang kat Muar. Kebetulan Mama n Ba pun ada kat sana.

Bertolak awal pagi dari KL dengan niat nak breakfast ala ala Jawa gitu makan Satay dengan Mee Bandung. Bila dah sampai, dok pusing town Muar plak x jumpa jumpa kedai. dua tiga kasing pusing tanya orang baru jumpa kedai mee bandung Abu Bakar Hanifah. Mee bandung ni dok dalam kedai kopi cina, Wah San. Kalau nak cari signboard tu susah sket la. Masuk ja jalan Abdullah, nampak Maybank, depan lagi tengok ja sebelah kiri akan perasan orang dok bakar sate.



Malam aku request nak makan asam pedas, tapi silap timing la.. kalau siang bnyk la kedai asam pedas power2. tp nk layankan punya pasal, pi la Medan ikan bakar Sabak Awor. Ada gak asam pedas dgn ikan bakar. Makan berpeluh la asam pedas kaw2 ikan pari. Sate kat sini pun sedap. Sotong goreng tepung lebih kurang Mona Kuala Perlis so memang sedap la. Yang penting makanan kat sini memang murah. Rasa macam tak percaya pun ada :)


Esk pagi nya trus ke Batu Pahat niat nak breakfast sate lagi dengan roti bakar arang. Dah sampai Chop Tong Ah Kopitiam sate plak tutup. layan mee rebus dengan roti bakar plus kopi o panas kaw. Memang celik mata kalau kena kopi nih.


Lepas makan trus p pasar beli rempah beriani, kedai rempah yang femes tu katanya tutup, so yang mana ada ja dulu. Pastu trus p Pasar Karat. Antara tempat fevret nih. Banyak benda menarik dan kena pandai nego kalau nak dapat murah. Akhirnya dapat la kitchen set ni untuk Leesya untuk harga super murah :)

Pastu trus p Ayer Hitam nak beli Putu Bambu Special Juriah Ayer Hitam. Memang sedap habaq hang.. balik simpan dalam peti ais pun sedap lagi. hehe..lokasi dia kluar ja hiway Ayer Hitam, kedai ni sebelah kanan sebelum trafik lite simpang empat.




Niat nak balik trus ja. Dah nk smpai exit Ayer Keroh termasuk lak Melaka pastu pi Zoo Melaka sat bagi Aliy tengok binatang. Leesya sempat naik kuda pusing2. Zoo Melaka bnyk kena upgrade nih. Macam x di maintain sangat ja.



On the way nak p Cheng cari Roti John, sempat singgah Rojak Mee Taman Asean, imbau kenangan Mem masa practical kat High School dulu.

Barkat Roti John Cheng memang original. makan dgn ayam golek. tempat lain x sure ada lg macam nih. Antara menu wajib bila mai Melaka


Wednesday, April 3, 2013

Parlimen dibubarkan

Setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Parlimen dibubarkan hari ini, Rabu 3hb 1130 pagi tadi di umumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.  

Datuk Seri Najib Razak juga meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
 
Jom kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Tarikh pilihanraya ke 13 (PRU13) belum di umumkan, harap2 jatuh pada hari offday lah. Kalau tak nak kena apply cuti cepat2 nih. :)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...