Wednesday, April 3, 2013

Parlimen dibubarkan

Setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Parlimen dibubarkan hari ini, Rabu 3hb 1130 pagi tadi di umumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.  

Datuk Seri Najib Razak juga meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
 
Jom kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Tarikh pilihanraya ke 13 (PRU13) belum di umumkan, harap2 jatuh pada hari offday lah. Kalau tak nak kena apply cuti cepat2 nih. :)

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...